Wednesday, December 29, 2010

Semua perkara akan berubah

Hari yang penuh dengan ilmu

                       Teruja hati si muda ini terasa bagai ada sesuatu yang merasuk tubuh, sukar untuk diterangkan tetapi mudah difahami oleh perasaan. Tatkala melihat orang lain sedang membuat perubahan yang sepatutnya dia lakukan sebelum ini disebabkan rasa takut dan sangsi yang akan menghumbannya ke lembah kegagalan, masih ada insan yang sudi berkongsi laluan landasan yang pernah dilaluinya sebelum ini yang penuh dengan pengajaran,motivasi dan inspirasi yang menyelubungi. Helaian yang sepatutnya begitu banyak sehingga tidak dapat menampung sebuah buku hanya di jadikan sebuah nota kecil dan diberi kepada seorang muda yang tidak mengetahui tentang erti kehidupan yang sebenar. Selepas ini, si muda tersebut hanya perlu merungkai semula tulisan didalam nota tersebut kepada bentuk yang asal untuk perancangan masa hadapannya yang dibelenggu suasana kabur dan kadangkala ia menjadi terang semula disebabkan kekeliruan pandangan manusia. Insan tersebut bukanlah orang yang ternama atau bangsawan yang memegang tanggungjawab besar, Insan tersebut hanyalah seorang pemilik perniagaan yang hanya baru dua tahun dibuka dan sangat merendah diri sifatnya tetapi sudah berpuluh tahun menghadapi ranjau kehidupan ini sehingga boleh menenggelamkan pulau yang hanya mempunyai keluasan beberapa hektar sahaja untuk dibandingkan dengannya yang mempunyai pengalaman seluas sebuah negara maju. Si muda itu sangat berharap yang dia menemui sesuatu yang hebat didalam nota tersebut kerana harapannya terlalu tinggi untuk melihat kehidupannya baik seperti orang lain, Si muda tersebut juga berharap yang dia dapat mengubah dirinya dan juga keluarganya yang hanya hidup berlandaskan sesuatu yang akan lupus pada sedikit masa dan Si muda itu berasa yang dia perlu mengubahnya.

No comments:

Post a Comment