Friday, March 25, 2011

Kesilapan adalah lumrah bagi manusia

Aku malu kerana tidak dapat menerima kegagalan ku


" Kita sesungguh nya tidak sama sekali berdaya untuk melawan takdir yang telah disediakan untuk kita, pabila ia datang untuk meminjam diri kita untuk dilaksanakan tugasan tersebut, apa yang perlu dilakukan adalah tabah dan sentiasa berfikir yang semua perkara mempunyai pangkal dan kesudahan nya .. kesudahan daripada tugasan yang kita laksanakan adalah berlainan dan ianya kadangkala sesuatu yang gembira atau sebaliknya.
     Akan tetapi apabila diri terasa terancam dan memerlukan, impian pada masa itu adalah ingin sekali mengingin kan seseorang datang untuk memberi dorongan dan galakan untuk tabah dan dan sentiasa kuat menghadapi segala cabaran. Tetapi jika impian tersebut hanya tinggal  impian, aliran air mata mula terbuka untuk memberi laluan kepada air mata yang ingin sekali mengalir pada waktu itu, kederasannya tidak dapat lagi disangkal atau di cabar, kecewa sentiasa menyelubungi insan ini, selepas ianya mengalir dengan deras nya, ianya berhenti untuk memberi laluan kepada hati untuk terus tabah dan akal sentiasa berfikir yang ini semua adalah takdir manusia dan lumrah tersebut harus kita kenali supaya kita bersedia apabila ia datang .. "

No comments:

Post a Comment