Wednesday, February 9, 2011

Susah untuk mengakhiri hari ini

Mata sukar untuk melabuh tirai

Apabila bangun pagi saja pasti ada saja kerja yang perlu dilakukan dan ada juga benda yang ingin difikirkan, tidak boleh ka jika hanya buat sesuatu tanpa fikir? kerana berfikir seperti sesuatu yang memeningkan. Teringat semula kata seorang guru iaitu ' banyak bercakap bisu, banyak berfikir gila, banyak mendengar pekak jadi lebih baik diam dan usaha', patah perkataan yang sehingga sekarang masih bersarang. Setiap hari pasti kita semua ingin melakukan perkara yang diingini dan kadangkala ia nya tercapai kadangkala sebaliknya dan jalan hidup saya berlaku sebaliknya, ingin sekali menjalani kehidupan yang dirancang tetapi mendapat sedikit larangan dari orang disayangi, hati terasa terguris tetapi apakan daya jika tidak direstui, fikiran terus berubah dan rancangan cara hidup perlu di atur semula, akan tetapi perkara yang diberi pilihan untuk dilakukan pada hari esok tidak langsung menjadi tarikan dan perkara tersebut adalah perkara yang paling dibenci ketika zaman persekolahan, kadangkala saya akan tersenyum sendiri kerana memikirkan yang inilah dunia ku yang sebenar, hanya mengimpikan sesuatu yang sukar untuk di laksanakan, tetapi dengan hati yang yakin akan mengharungi semua ini, terpaksa juga melakukan apa yang terbaik buat masa ini dan perlu membuat keputusan yang agak berat, saya harap semua nya akan menjadi positif kerana itulah perkara yang selalu difikirkan..

No comments:

Post a Comment