Monday, December 20, 2010

Kehidupan - Mudah belajar/ Susah untuk difahami

Kehendak  manusia dan masalah yang dihadapi



          
       Di dalam kehidupan, keperluan dan kehendak adalah perkara yang sangat berbeza, ada sesetangah orang pernah mempelajarinya ketika dizaman persekolahan didalam matapelajaran yang sangat membosankan dan sering ditinggalkan iaitu Perdagangan.
             Keperluan adalah sesuatu yang kita perlu dapatkan untuk meneruskan kehidupan ini, jika tidak, mungkin kita tidak lagi berdiri disini. Disini saya bukan ingin mengulangi perkara yang pernah kita pernah ingin sekali meninggalkannya, tetapi tentang KEHENDAK manusia. Jika didalam pembelajaran disebut bahawa kehendak adalah sesuatu yang susah untuk ditunaikan, dan bagi saya perkara tersebut adalah salah kerana untuk saya, kehendak mempunyai 2 kumpulan iaitu yang susah didapati dan senang sekali untuk dinikmati, saya boleh tafsir kan disini bahawa yang susah didapati adalah sesuatu yang bersifat sementara dan susah untuk didapati seperti kemewahan/keselesaan, tetapi untuk senang sekali untuk dinikmati ialah ketenangan hidup dan kebahagiaan.
            Pasti ramai yang tertanya-tanya, kenapa bergitu? Jawapannya sungguh mudah, kerana...kita sering kali lupa akan dimana kita hadir dan kemana kita akan pergi, mudah bukan? kita hanya perlu mengubahnya daripada lupa kepada ingat, dan ia akan menyelesaikan segala keperitan hidup dan halangan yang akan atau sudah dilalui, kita perlulah mencintai setiap perkara yang terjadi kerana jika kita berbuat bergitu, kita akan berfikiran positif terhadap 'orang yang kita cintai', dan itu akan dapat meyakinkan kita bahawa masalah yang kita hadapi pasti ada penyelesaian, tidak mustahil kita akan tersenyum dan orang akan menyangka yang kita kurang waras, sebenarnya kita tidak, sebenarnya kita sedang menghadapi cabaran dengan hati terbuka, bukan dengan menangis teresak-esak seperiti tuhan menurunkan dugaan hanya untuk suka-suka, tetapi cuba untuk berbisik didalam hati bahawa masalah itu datang dengan penyelesaian dan kesenangan (hikmah), dan bukan tanpa tujuan.
                kehendak bukan semuanya susah untuk ditunaikan, perlu tahu itu.. (=
           

No comments:

Post a Comment